Selamat Datang ke laman blog rasmi Imaleeya Kreatif Network. Happy Shooping sis & bro.     |     Nak lihat dan beli produk Excel sistem yang ada? Check out more details at our official Shopee @imaleeyakn Click here!     |     Nak lihat gambar produk vendor sis ima? Check out more details at Imaleeya Vendor. Click here!     |     20.11.20 : Alhamdulilah.. Sis ima telah selamat lancarkan 4 eBook iaitu 'Teka-Teki Edisi 1', 'Teka-Teki Edisi 2', 'Test IQ Minda Anda' dan 'Lawak Santai (BM & BI)'. Boleh check out more at instagram @imaleeyakn.

Monday, January 1, 2024

Imaleeya Home

     Imaleeya Kreatif Network (IKN) adalah perniagaan yang dijalankan secara dalam talian yang merangkumi empat(4) bahagian di dalam operasinya iaitu Imaleeya Karya Novel & Ebook, Imaleeya Vendor, Imaleeya Design dan Imaleeya IT Services. IKN telah berdaftar secara rasminya bersama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah nombor pendaftaran 002863568-P pada tarikh 17 Julai 2018 bagi menjalankan urus niaga secara di dalam talian.  

     Nama ‘Imaleeya’ pada mulanya tercetus melalui gabungan nama singkatan bagi pemilik perniagaan iaitu Siti Fatimah sebagai 'Ima' bersama dengan anak perempuan beliau iaitu Nur Aleeya Akma sebagai ‘Aleeya’. ‘Kreatif Network’ pula adalah nama yang disertakan bersama bagi membawa maksud sebuah rangkaian yang mempamerkan kreativiti pemilik di dalam penulisan karya novelnya, bakat dalam mereka bentuk design dan minat pemilik terhadap dunia IT.

     Selain itu, pemilik IKN yang berlatarbelakangkan pendidikan di dalam bidang IT di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan berpengalaman kerja di beberapa buah syarikat swasta sebagai IT Marketing selama lebih daripada 5 tahun ini juga memberi satu kelebihan kepada beliau dalam menyediakan perkhidmatan dengan penggunaan sistem berasaskan aplikasi Microsoft Excel misalnya dalam membantu melancarkan urusniaga dan urusan yang dijalankan oleh mana-mana peniaga/seller yang berminat di samping servis mereka bentuk blog dan website. Imaleeya IT Services yang tersedia di dalam operasi IKN ini juga dapat membantu sesiapa yang ingin memiliki satu sistem yang ringkas,mudah dan murah. Selain itu, dapat juga belajar menggunakan aplikasi-aplikasi komputer seperti aplikasi Microsoft Office dengan mengikut bajet tertentu dan permintaan semasa client.

     Di samping itu, IKN telah melancarkan jenama ini di beberapa platform menerusi Blog, Website, Facebook, Instagram dan kini Shopee bagi memudahkan client melihat sendiri hasil karya & kreativiti yang ada di Imaleeya Karya Novel & Ebook (hasil karya tulisan sis ima sebagai Ima Fatima & ebook keluaran IKN) dan Imaleeya Design di samping ber’shooping’ dengan produk-produk pembekal IKN yang dipamerkan di Imaleeya Vendor. IKN juga turut membuka peluang kepada mana-mana pembekal untuk Join-Vendor bersama IKN bagi memperluaskan lagi pemasaran perniagaan mereka (sila rujuk 'Terms'). Imaleeya Kreatif Network kini dengan harapan dapat merealisasikan tagline 'Your Trust is My Priority' dan moto perniagaannya iaitu Karya, Inovasi & Kreatif dengan berjaya dan cemerlang dari semasa ke semasa. InsyaAllah.. ✿





For more details, please go to our official website :